Saturday 12 October 2013

Kawan

Assalamualaikum

Untuk entry kali ni aku pun tak tahu nak cerite apa sebenornya , tapi mungkin aku boleh cerite tentang member atau bahasa biasanya kawan . Nak nak pulak aku sedang mengalami konflik . So macam sesuai la kan . Masa masa aku kecik dulu *teroiback* aku tade masalah kawan ni . Semua aku bedal je kawan . Kalau nampak sekumpulan anak tambi tengah main aku main join je (ehem muka tembok) selagi diorang ok aku main je . Hahah . So macam aku boleh kawan dengan semua orang la termasuk la lelaki walhal selalu nangis sebab kena jadi penjahat bile main polis sentri . Jahat nau ye kau laki .

Tapi bile sekolah rendah lain pulak citenye . Skema habis kau tahu . Yelah mana tak nya lipat tudung sampai ke mata . hahahah . Tapi watlek watpeace time orang pandang dan aku macam ' apa pandang pandang tahu la cantik ' hahahahah . Aku lebih rindukan moment sekolah rendah . Masuk kelas lambat bapak ah setengah jam dah nak habis kelas aku baru sedar yang aku tak masuk kelas lagi . Pergh ketaq lutut tapi no hal la kawan ade nak backup . eceh . Bile up sikit darjah 6 kau rasa dunia ni kau yang punya . Selamba je potong barisan time nak beli makanan . Senior kan ? haha . 

Masuk tingkatan 1 memang rase nak menyorok tak nak pegi sekolah . Nak pulak kena duk hostel . Dah memang aku terbayang cite suster ngesot . Macam macam versi la cite aku dengar duk hostel ni . Tapi mama selalu pesan insyaallah tade apa apa . Lagipun bukan duk sorang sorang dalam bilik . Kawan kan ada . See betapa besarnya peranan kawan ni .

Friday 27 September 2013

Hai im back !

Assalamualaikum 

Hai people ! Fuh * tarik nafas dalam dalam , akhirnya setelah sekian lama aku menghilangkan diri aku berjaya jugak membuka balik blog ni . Dah kenapa dengan ayat bm aku ni . Lol . Apa apa pun tahniah untuk aku sebab berjaya memaksa diri untuk menulis balik . Itupan selepas kakak aku membebel siang dan malam . And i was like IM DIED . haha . Sebenarnya dari aku sekolah menengah lagi aku dah ade blog . Tapi aku deactive kan blog aku masa aku form 5 kekonon nak bagi laluan spm katanya . Padahal haram . Hahah . 

Lagipun nak ditambah dengan kesibukan aku sebagai seorang pelajar asrama yang aku memang boleh kira berapa kali aku sentuh latop dalam masa setahun . Kekekeke . Well aku sibuk . Kalau nak update blog pun pasal apa . * fikir sejenak . Bebalik aku update pasal aku putus cinta ngan boyfreng la , pastu bergaduh dengan adik angkat la atau bergaduh mulut dengan makcik dewan makan yang fefeling princess . Oh boring . So itu la sebab aku deactive kan blog aku ni . 

Dan kini aku pun dah meningkat remaja , dah jadi budak universiti dah uknow . * lelambai tangan . haha .Jadi aku rase banyak sangat aku nak share maka aku pun buat blog balik . Namun bukan semudah yang disangka iaitu kau hengat jadi budak u ni best ? Goyang kaki ? Takdok maknonya weh . Assignment belambak . Kau tak hantar assignment lecture bukan kisah pun , kosongla markah kau . Semuanya bergantung kepada diri kau . Kalau kau rase kau masuk u ni sebab kau betul betul nak belajar . Maka apa yang kau niatkan tu iaitu belajar nak tolong mak ayah kat kampung tu InsyAllah tindakan kau pun akan selari jugak . Tapi bagi aku zaman u ni la paling mencabar . * ceh padahal aku baru masuk untuk intake jun , kekeke . Sebab disini la kau kena betul betul pandai nak cari kawan . Kalau kau dapat kawan yang selalu menegur kau InsyAllah kau akan rase nikmatnya berkawan . Tapi kalau kau tersilap pilih kawan yang itu akan memakan diri kau . 

So apa yang aku dapat simpulkan disini ialah walaupun aku ni masih baru dialam universiti tapi dalam beberapa bulan ni macam macam aku dapat tengok . Dan banyak sangat perkara yang buat aku tersedar apa itu kehidupan dimana aku akan share lagi untuk entry entry akan datang . Jadi setakat ini saja untuk entry kali ini okay . Aku nak sambung masak meggi . Mihmimhih . Bai !